Skip to main content

Posts

Featured

Tahun Kesedihan

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.... Sekian lama menyepi, baru aku ada kekuatan mahu memulakan semula catatan di sini. Setelah hidup itu diserahkan untuk diatur oleh Dia, ternyata Dia tidak membiarkan penyerahan itu begitu sahaja. Dia mula memproses, mencanai dan menempa mengikut cetakanNya agar aku menjadi insan yang menurut spesifikasiNya. Tahun ini aku benar-benar diuji dengan kehilangan 2 orang yang paling berharga dan paling bernilai sepanjang aku hidup di dunia ini. Bulan Mac, aku diuji dengan kehilangan insan yang bergelar Abah dan pada bulan Oktober sekali lagi aku diuji dengan kehilangan insan yang bergelar Mama. Ada kalanya dalam fikiran ini terasa kosong, tetapi Dia sering hadir untuk mengisi kekosongan itu. Siapa aku untuk menafikan ketentuanNya. Dia lebih mengetahui kekuatan dan kemampuan aku. Jadi beginilah aku kini, terus mengharungi perjalanan di rantauan sebagai anak yatim piatu. Pergantungan hidup hanyalah keada Dia. Aku yakin perpisahan yang direncanakan ini adala

Latest Posts

Satu